Semasa aku menerima panggilan talifon daripada En. Sulaiman yang menyatakan aku akan menjadi guru besar di SK1TS, seluruh badanku menggigil kerana adakah aku mampu memikul tanggungjawab dan amanah yang amat besar ini?
Menitis air mataku kerana tidak pernah termimpi olehku yang aku akan bergelar guru besar. Satu jawatan yang tertinggi di sekolah rendah. Terbayang difikiranku wajah ayahanda & bondaku yang telah mengadap Ilahi. Inilah hadiah terbesar yang aku dapat berikan kepada mereka berdua.
Aku terus menelefon bapa mertuaku untuk mengkhabarkan berita yang amat menggembirakan dan menakutkanku ini. Pelbagai nasihat telah diberikan kepadaku. Isteriku yang amatku cintai juga telah memberi nasihat dan semangat untukku memikul tanggungjawab & amanah yang besar ini.
Setelah 2 tahun 2 bulan aku menjadi guru besar di SK1TS, aku telah jatuh cinta dengan SK1TS. Pelbagai dugaan dan ujian telah ku tempuhi. Guru-guru SK1TS adalah penguat semangatku untuk memajukan sekolah ini. Terima kasih guru-guruku kerana memberi kerjasama yang amat baik terhadapku. Moga kalian semua menjadi guru yang terbaik. Tanpa kalian semua, siapalah daku. Aku tidak mampu menunaikan amanah dan tanggungjawab yang amat besar ini tanpa kerjasama kalian semua.
TERIMA KASIH GURU-GURU SK(1) TAMAN SELAYANG.
TERUSKAN KECEMERLANGAN DEMI ANAK-ANAK DIDIK.