Usrati Hj Ahmad

Kuliahku

 

Hep-hep horey….. esok ada 1 kelas je….

Aku mahasiswa UTHM


Alhamdulillah.Alhamdulillah.Alhamdulillah.Aku amat bersyukur kehadratMu Ya Allah.Begitu cepat masa berlalu.Masih terbayang-bayang isteri dan anak-anakku merelakanku pergi untuk menuntut ilmu, nun jauh di selatan tanah air. Inilah bumi Pekan Parit Raja, Batu Pahat yang belum pernah aku jejaki."Universiti Tun Hussein Onn"; aku sudah menjadi warga kampusmu.
Hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi, aku akan menghabiskan sesi pembelajaran untuk semester yang pertama. 07hb. Oktober 2010,  hari terakhir untuk sesi ini. Manakala tanggal 07hb. November 2010 adalah sesi untuk kami warga PKPGB untuk diuji dengan ilmu yang kami perolehi selama 2 bulan menuntut ilmu.Semoga kami semua dapat menjawab segala soalan dalam peperiksaan nanti.
Aku amat bersyukur kerana terlalu banyak ilmu yang diperolehi dari para pensyarah. Terima kasih wahai guru-guruku.Ku titipkan ucapan ini kepada En.Ramlan, En Azani, En. Tan, Pn. Noryani Neni dan Profesor Madya Wan Azlinda.Moga segala ilmu yang aku perolehi ini dapatku amalkan. Pepatah Arab ada menyatakan, "ilmu yang tidak diamalkan, samalah seperti pokok yang tidak berbuah".

Ahli Keluarga Sekinchan

Familyku


Kesihatan

Sama-sama kita berdoa agar Along/ Pak Long, Kak Uda/ Mak Uda serta kita semua diberi kesihatan yang baik. Disembuhkan dari sebarang penyakit dan dijauhkan dari penyakit yang berbahaya. Aamiiiiiin

Tahniah

Tahniah dan syabas diucapkan kepada Kak Ngah/ Mak Ngah di atas kenaikkan pangkat ke DG48. Usrati Hj Ahmad amat berbangga dengan kenaikkan pangkat ini. Alhamdulillah.

Bukit Fraser


Persidangan Kebangsaan Pendidikan Kejuruteraan & Keusahawanan

Pada tanggal 25& 26 Sept. 2010, aku telah menghadiri persidangan ini di Kelantan Trade Centre, Kota Bharu. Sebanyak 56 kertas kerja telah dibentangkan oleh para ilmuan. Teruja sungguh aku, terutamanya apabila kertas kerja tersebut dibentangkan oleh para Profesor-profesor.Alhamdulillah, banyak ilmu yang aku perolehi dari persidangan ini. Tajuk persidangan ini ialah "Pendidikan Kejuruteraan dan Keusahawanan Pemacu Kelestarian Pembangunan Negara".
Cuma satu je yang mendukacitakan, perjalanan kami yang amat jauh. Kami bertolak dari Kediaman Perwira, Parit Raja,Batu Pahat pada pukul 9.30 malam dan tiba di Kota Bharu pada pukul 11.30 pagi. Manakala baliknya pula, pada pukl 3.00 petang dan sampai di Kediaman Perwira pada pukul 5 pagi. Aduh.......sungguh meletihkan. Tetapi berbaloi dengan ilmu yang kami perolehi

Familyku

Keluarga bahagia selama-lamanya.

Selamat Datang Ke Blogku

Pada hari ini 22 September 2010, maka lahirlah blogku.