Aku mahasiswa UTHM


Alhamdulillah.Alhamdulillah.Alhamdulillah.Aku amat bersyukur kehadratMu Ya Allah.Begitu cepat masa berlalu.Masih terbayang-bayang isteri dan anak-anakku merelakanku pergi untuk menuntut ilmu, nun jauh di selatan tanah air. Inilah bumi Pekan Parit Raja, Batu Pahat yang belum pernah aku jejaki."Universiti Tun Hussein Onn"; aku sudah menjadi warga kampusmu.
Hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi, aku akan menghabiskan sesi pembelajaran untuk semester yang pertama. 07hb. Oktober 2010,  hari terakhir untuk sesi ini. Manakala tanggal 07hb. November 2010 adalah sesi untuk kami warga PKPGB untuk diuji dengan ilmu yang kami perolehi selama 2 bulan menuntut ilmu.Semoga kami semua dapat menjawab segala soalan dalam peperiksaan nanti.
Aku amat bersyukur kerana terlalu banyak ilmu yang diperolehi dari para pensyarah. Terima kasih wahai guru-guruku.Ku titipkan ucapan ini kepada En.Ramlan, En Azani, En. Tan, Pn. Noryani Neni dan Profesor Madya Wan Azlinda.Moga segala ilmu yang aku perolehi ini dapatku amalkan. Pepatah Arab ada menyatakan, "ilmu yang tidak diamalkan, samalah seperti pokok yang tidak berbuah".

Tiada ulasan:

Catat Ulasan