Baraan

Baraan ialah istilah  orang kampungku( kg. tali air 9,Pasir Panjang, Sekinchan) yang bermaksud  ziarah beramai-ramai. Di aidilfitri, kampungku akan buat baraan selama 4 hari iaitu 2 hari untuk baraan lelaki dan 2 hari untuk baraan perempuan.
Keluargaku juga buat baraan setiap tahun apabila menjelang aidilfitri. Tradisi ini telah dimulakan pada tahun 1996 sehingga kini, Semalam 2hb Oktober 2010, keluargaku telah buat baraan dimulai di rumah Usu Idah di Kelang.  Seterusnya ke rumah Kak Iju di Bandar Tasik Puteri, Rumah Lina di Desa Couldfilds, Sg Buloh, Rumah Acik Udin di Bukit Beruntung, rumahku di Gombak, Rumah Kak Shima di Puchong, Rumah Rosli di Seri Kembangan, Rumah Kak Noji di Kajang dan Rumah Dayat di Putrajaya,
Pelbagai menu disediakan, ada nasi lemak, bakso, sate, nasi goreng daging, sup kaki, kari perut, pulut kuning dan laksa.
Baraan berakhir di Putrajaya.Masing-masing meninggalkan rumah Dayat pada jam 4.00 pagi. Walaupun masing-masing keletihan, tapi tetap meriah. Terima kasih kepada semua adik beradikku khususnya Alang & Paman serta keluarga. Moga baraan ini mengeratkan lagi ukhuwwah kita khususnya kepada anak-anak saudaraku. Teruskan tradisi ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan