Program “Melentur Buluh Membelai Rebung” penceritaan Kisah Kemerdekaan bersama Senator Tan Sri Jins Shamsuddin.
Tanggal 6hb Oktober 2010 adalah hari terakhir sesi pembelajaran untuk semester pertamaku di UTHM. Selama 2 bulan aku bertungkus lumus menimba ilmu dari para pensyarah. Sebanyak 5 subjek yang aku pelajari iaitu Kreativiti & Inovasi, Teknologi Maklumat, Teknologi Pendidikan, Asas Penyelidikan dan Effective Communication.
Sebanyak 14 tugasan dan pembentangan (individu/ kumpulan) telah aku buat serta laksanakan. Alhamdulillah aku dapat menyiapkan segala tugasan yang telah diberi oleh para pensyarah tepat pada waktunya.
Sepanjang proses pembelajaran ini, Alhamdulillah ilmu ICT aku bertambah. Khususnya berkaitan powerpoint interaktif (non-linear dan photoshop). Semoga aku dapat amalkan dan memanjangkan segala ilmu yang aku perolehi.
Hasil buah tanganku juga sepanjang aku berada di Kolej Kediaman Perwira, aku telah berjaya mempunyai blogku sendiri. Aku titipkan jutaan terima kasih kepada sahabatku saudara Suhaimi kerana banyak mengajarku ilmu dalam ICT. Terima kasih sahabatku.
Aku sedang membentangkan proposal semasa kuliah Kreativiti & Inovasi.
Tajuk : Satu Tinjauan Tentang Pencapaian Matlamat, Cabaran dan Masalah Pelaksanaan Program j-QAF di 10 Buah Sekolah Dalam Daerah Gombak.